Perjalanan Umrah – Kota Madinah al Munawwarah

Assalamualikum semue.Sebagaimana yg aku dh janji. Aku akan cite kan sikit perjalananan Umrah aku. Aku start dari Malaysia – Jeddah – Madinah. Perjalanan Umrah aku bermula pada 24/3/2010. Penerbangan SV831 KL – Jeddah jam 3.00pm. Tapi diorg delay 1 jam.It’s ok.Sejam je :) . Dalam pakej umrah ni x salah aku adelah dlm 70 org jemaah.Ramai tu…

Perjalanan dari Malaysia ke Kota Jeddah memakan masa lebeh kureng 8 jam. Perjalanan agak lame dan memenatkan. Touch down kat Jeddah lebeh kurang jam 8 lebih x salah aku. Jemaah di jemput oleh Mutawif Abdul Affendi. Perjalanan diteruskan dgn menaiki bas ke Kota Madinah. Perjalanan kali ni mengambil masa 6 jam. Tapi sebelom tu singgah mkn jap kat Yamaan Restaurant. Makan nasi dulang tu.Besttt!!!

Tiba di Kota Madinah lebeh kurang jam 3.00am

Hotel yg kiteorag check in Hotel AL-Fayroz. Alhamdullilah.Memang dekat dgn Masjid Nabawi, x salah aku dlm 100 meter je. Rehat kejap je. Sebab dah nak masuk Solat Subuh. Settle Solat Subuh, balik Hotel untuk rehat. Sebab pagi tu nak wat ziarah dalam Masjid Nabawi. Nak kongsikan sikit ngan korang bahawa utamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasullulah S.A.W bersabda ” Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram. Disyorkan para jemaah untuk pakai pakaian cantik & juga mengunakan wangi-wangian ketika mengunjungi Masjid Nabawi.







Pixie kat atas ni ialah kawasan Raudhah. Salah 1 Taman Syurga. Tempat mustajabnya doa. Kawasan Raudhah ni sentiasa ramai. Nak kene pilih waktu yg sesuai utk solat disini. Tapi Alhamdullilah, dpt juga aku Solat Sunat mase pagi tu :)

Makam Nabi Muhammad S.A.W

Pixie diatas ni pula merupakan makam Rasulullah S.A.W dan juga sahabatnya Saidina Abu Bakar & juga Saidina Omar. Berilah Salam kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya ketika melalui laluan ini.



Pixie atas ni pula adalah Perkuburan Baqi. Disini terletaknye makam isteri-isteri, anak-anak & sahabat Rasullulah. Selama aku 4 hari kat Madinah x byk wat lawatan luar pun. Sebab hari kedua aku jatuh hari Jumaat. So susah sikit la nk berjalan. So x berkesempatan lah nak gi Kilang Al-Quran & Lapangan Magnet. Tapi Alhamdullilah lah dpt jugak aku Solat Jumaat kat Masjid Nabawi.

Aku & Abah

Hari Ketiga pula jemaah wat Ziarah luar ke Masjid Quba. Kalau korang nak tau Masjid Quba ni merupakan masjid yg pertama yg dibina oleh orang Islam. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba’ lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)




Kemudian kiteorg dibawa ke Ladang Kurma :) aku sekadar tengok je gelagat org beli.hehehehe



Selepas tu rombongan jemaah menuju ke Bukit Uhud. Disini merupakan salah satu tempat sejarah iaitu telah berlakunya Perang Uhud. Seramai 70 org tentera Islam Syahid ketika peperangan tersebut termasuklah salah seorang bapa saudara Rasulullah iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib. Hamzah bin Abdul Mutalib juga merupakan Panglima Islam dan dikenali sebagai Singa Allah kerana keberaniannya





Kawasan perkuburan para syahadah

Aku x sempat pegi melawat ke Masjid Qiblatain & Masjid 7. Sebab ade jemaah nk pegi pasar Kurma.adehhh……. tapi sempat juga la aku shoot Masjid Qiblatain dlm bas. Masjid Qiblatain ini ade sejarahnye sendiri. Sebelum ini kiblat kearah Baitul Maqdis di Yerusalem. Ketika itu Rasulullah SAW sedang solat zohor dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsha. Semasa solat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144[1], yang ertinya:

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

Setelah turunnya ayat tersebut, beliau menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram.

Kebanyakan hari-hari aku di Madinah banyak berada di Masjid Nabawi. Menunaikan Solat Fardhu, Solat Sunat membaca Al-Quran & bertasbih. Tapi hari yang paling sedih ialah hari terakhir di Madinah Al-Munawwarah, ketika membuat ziarah Wada. Salam selamat tinggal bagi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tapi pada hari terakhir tu dapat la lagi sekali lagi berpeluang sembahyang solat sunat di kawasan Raudhah. Selalunya sembahyang di kawasan Raudhah memang berhimpit2. Tapi yg best nya kali ni aku dapat Solat dengan selesa sedikit, Alhamdullilah.











Perjalanan aku selepas ni akan menuju ke Kota Mekah untuk melakukan Umrah. Semue jemaah akan diarahkan untuk memakai Ihram (bagi lelaki sahaja) di hotel. Akan membuat miqat di Masjid Bir Ali.

Insyaalaah aku akan sambong untuk Perjalanan Umrah – Kota Mekah. Tungguuuu :)

This entry was posted in Photojournalism. Bookmark the permalink.

9 Responses to Perjalanan Umrah – Kota Madinah al Munawwarah

  1. ecah says:

    alhamdulillah.. seronok tgk kwn2 dpt gi umrah.. :)

  2. kintan says:

    akak pun beli buah kurma kat tempat yang sama. still remember the kedai..

  3. ALOYA says:

    chantek btol Masjid Nabawi tu..

  4. wzul says:

    Rindu nak pi.InsyaAllah dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa akan pi.Tahniah menjadi tetamu ALLAH dan hidup diberkati.

  5. Desh Afzal says:

    nice story……………..

    • Sesiapa yang sampai ke Mekah dan Madinah menjadi tetamu Allah sampaikan salam kepada baginda Rasulullah Sallahhualaihiwasalam ahli keluarga dan sahabat sekellian nya :Alhamdulillah tolong doakan umi nak bawa 1000 org ahli keluarga remaja dan wargaemas dan ibu tunggal yayasan umi dapat menunaikan haji pada tahun ini 2013.Ampun maaf. Sesiapa nak menyumbang masukan ke dalam akaun resmi :
      Persatuan Kebajikan Amal Umi RHB Islamik 25504700003622

  6. Muazam (Angah) says:

    Alhamdulilah…semoga mendapat umrah almabruk..insya Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s