Perjalanan Umrah – Kota Mekah (Part 1)

Assalamualikum semue.Ok, Kali ni kite sambung balik perjalanan umrah aku ke Kota Mekah. Aku akan melakukan Umrah aku yg pertama :)

Perjalanan dari Kota Madinah ke Kota Mekah mengambil masa 6 Jam. Lebeh kurang 4++KM. Sebelom sampai ke Mekah kami singgah makan dulu. Makan dulang lagi.Beshh!!!

Selesai makan kiteorg teros bertolak ke Kota Mekah. Semasa perjalanan menuju Kota Suci hendaklah kita bertalbiah.

Smpai ke Kota Mekah lebih kurang jam 10.30pm. Check in di Hotel Al Hijjaz. Alhamdullilah. Hotel kiteorg x jauh dengan Masjidil haram. Lebeh kurang 100 meter je :)

Jarak antara Hotel Al-Hijjaz dengan Masjid Masjidil Haram.

Kiteorg berehat dulu dihotel dlm setengah jam. Selepas tu baru bertolak ke Masjidil Haram. Setibanye di masjid semue jemaah solat Jamak berjemaah. Setelah selesai solat semue jemaah menuju ke Kaabah dgn diiringi Mutawif untuk melakukan Umrah yang pertama. Untuk pertama kali nya aku melihat Rumah Allah iaitu Baitullah. Subhanallah. X terkata aku melihatnya, X dapat aku ungkap & huraikan perasaan aku. Hanya memikir KebesaranNya. Allah Hu Akbar… (tetibe nak nangis ni)

Subhanallah.

Selesai tawaf sebanyak 7 kali dan bersembahyang solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim. Aku & jemaah menuju ke tempat utk bersa’ie. Jemaah akan sa’ie dari Bukit Safa & Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Lagi 1 kaum Adam disunatkan berlari-lari anak diantara tiang-tiang hijau

Selesai sahaja Sa’ie. Para jemaah akan melakukan tahlul (bercukur / bergunting ) dan disudahi dengan tertib.

Itulah sedikit pengalaman Umrah aku yang pertama. Tapi ade lagi akan aku citekan utk dikongsikan ngan korang nanti. Part 2 akan menyusul :)

About these ads
This entry was posted in Photojournalism. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s