Perjalanan Umrah – Kota Mekah (Part 2)

Assalamualikum semue. Kite smbung balik cite kite. Kali ni aku nak cite ziarah di Kota Mekah. Tempat yg pertama aku ziarah ialah ke Jabal Thur. Jabal Thur ni ade kene mengena dengan sirah Nabi Rasullulah S.A.W. Mengikut sirah, ketika Rasulullah mula berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur di Jabal Thur dari Kaum Quraisy. Anak Abu Bakar, Asma turut mendaki Jabal Thur membawa makanan untuk Baginda Rasullullah dan ayahandanya. Mengikut sumber, ketinggian Jabal Thur ni lebih kurang 3000kaki.

Lokasi ke 2 pulak jemaah dibawa ziarah ke Jabal Rahmah di Arafah. Sedikit cerita utk korang. Nabi Adam A.S dan Hawa telah dihantar kebumi kerana telah menginkari perintah ALLAH dan telah terpisah selama 40 tahun. Jabal Rahmah ni ialah tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan Hawa. Selalunya org akan berdoa di puncak Jabal Rahmah ni utk meminta jodoh. Tapi aku mcm rase kureng sikit diorg ni, Sebab diorg akan tulis kan nama yg diorg minat tu kat batu tu. Smpai hitam la batu diorg keje kan, tenyeh nama si polan. Yang lagi 1 aku tgok siap ade org sewa pen kalau ade sesape nak tulis kat batu tu.adehh..Bagi aku berdoa saje dah memadai. Di Arafah ni juga adalah tempat menunaikan rukun Wukuf ketika melakukan Haji.

Masjid Namirah di Arafah.

Selesai di Arafah kami bergerak ke Mina. Dlam perjalan ke Mina tu kite akan nmpak mcm batu tesusun. Megikut mutawif, batu2 tu sebenarnya empangan. Empangan ini dibina oleh seorang wanita kaya. Empangan tu diwakafkankan. Tapi selebih info aku lupe sikit pasal empangan ni. Sebab sebok amik gamba smpai x dengar mutawif tu ckp ape.hehehehe

Smpai di Mina ni pun bukan nye berhenti pun. Just tgok dari dlam bas je. Tapi time ni la Camera aku buat hal. Dh kuar error 99.adehhh…. Bas kiteorg teros bergerak ke Masjid Ja’ranah. Semue jemaah bermiqat di Masjid Ja’ranah utk melalukan umrah.

Masjid Ja'ranah.

Ok la. kite bersambung ke Part 3 plak. daaaaaa 🙂

This entry was posted in Photojournalism. Bookmark the permalink.

Leave a comment